:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.
Showing posts with label BM KERJAYA. Show all posts
Showing posts with label BM KERJAYA. Show all posts

Monday, December 28, 2009

NOTA KELAS: BM KERJAYA: PROTOKOL PANGGILAN HORMAT

24-12-2009
PROTOKOL PANGGILAN HORMAT DAN SUSUNAN KEUTAMAAN PERSEKUTUAN
-Panggilan berbeza mengikut pangkat
-Barat- Berbeza mengikut pangkat
-Melayu-Kaya dengan panggilan
-Panggilan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
-Tun (gelaran tertinggi)
-DATUK-Gelaran dikurniakan pada peringkat kebangsaan
-DATO’-Dikurniakan pada peringkat negeri
*Bagi negeri Pahang dikurnia gelaran DAtuk dan Dato’ pada peringkat negeri...

Read more...

NOTA KELAS: BM KERJAYA: PENGUCAPAN UMUM

22-12-2009
PENGUCAPAN UMUM
*bersedia sebelum, semasa [pendahuluan, aspek bukan lisan, maklum balas, mesra khalayak] dan selepas memberi ucapan[soalan dan buat penilaian].

Teknik ucapan
• Baca terus –perutusan-sebagai wakil kementerian pendidikan memberi ucapan ketika hari Guru.
• Menghafal ucapan-ambil masa, susah untuk mengubah suai.
• Spontan-ringkas, padat
• Merujuk rangka-rujuk isi, cakap [praktikal]
Struktur teks.
• Pendahuluan
o Terima kasih, salam, sapa ikut protokol panggilan hormat, perkenal diri, pengenalan tajuk
• Isi ucapan...
• Penutup
o Ringkas, simpul, rumus, seru.

Read more...

Thursday, December 10, 2009

BAHASA MELAYU KERJAYA: KELAS PERTAMA: Cg. Suhaimi Razikin

Ketika jam sudah melewati 7.40 pagi, barulah saya bergerak untuk ke kelas. Sedangkan saya sendiri belum mengenal kedudukan kelas yang letaknya di bangunan EDU... Hanya saya seorang!!! Saya teruskan melangkah, hanya LR lain yang aku ketemu, sampailah di hujung bangunan, dengan keadaan yang sedikit tersorok, aku ketemu juga kelas ini...

Cikgu sudah ada dalam kelas!!! Subhanallah, memang cikgu seorang yang menepati masa. Ada dua orang pelajar lain dalam kelas itu. Setelah memberi salam, saya melangkah masuk. Cikgu sedang taaruf bersama dua orang teman itu. Dalam bahasa Inggeris.

“Sudah, apa aku nak jawab bila cikgu tanya.” Hati bersuara, sedikit resah. Dua minggu tidak bertutur walau sepatah bahasa Inggeris, sudah gagap. Akhirnya ketika ditanya tentang saya, saya hanya menjawab ala kadar. Alangkah sedikitnya perbendaharaan yang saya ada...

Cikgu sekarang dalam semester akhir, sebelum beliau bersara. Seronok, memang saya belajar dengan beliau kerana banyaknya pengalaman yang beliau ada. Namun memikirkan kelas yang bermula jam lapan pagi, letaknya di hujung bangunan EDU, dan cikgu seorang yang menepati masa, saya batalkan hasrat!Saya tukar kepada seksyen lain yang mana kelasnya bermula 9.00 pagi...

Suka saya mahu kongsikan nasihat beliau ketika hari pertama kami bertemu dan juga buat kali terakhir...

“Kejayaan bergantung kepada penampilan peribadi.Bagaimana? Ada banyak... Tak mengaku kalah, USAHA, tak putus asa...”
“Kita kena tepati masa. Jangan ikut masa orang Melayu!”
-Cikgu Suhaimi Razikin.

Terima kasih, cikgu.. Terbangkit seketika gergasi dalam diri. Cikgu seperti seorang ayah yang suka memberi nasihat, supaya anaknya menjadi yang terbaik! Esok saya akan mulakan bahasa Melayu kerjaya dengan instruktor yang lain pula. Madame Khuzaimah... Insya Allah, doakan aku rajin!

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP