:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.
Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

PERJUANGAN: SABAR DAN TABAH KETIKA BELAJAR


Saya selalu terdengar; apabila jadi satu-satu peristiwa, akan ada yang menasihatkan kita supaya bersabar! Kena tabah! Harus kuat! Demikian jugalah dalam perjuangan saya dan kamu dalam mencari ilmu Ilahi. Bukan sahaja ilmu Ukhrawi, juga ilmu yang diperlukan untuk saya dan kamu teruskan langkah di bumi Allah ini.


SABAR!!!


Senang disebut tapi payah dilaksana. Dalam sirah, ada banyak cerita tentang kesabaran. Betapa sabarnya para Rasul [contohnya: Rasulullah, Nabi Ayyub, dan Nabi Nuh] dalam menyebarkan wahyu yang datang daripada Allah. Zaman sekarang tiada wahyu, namun ilmu Allah tetap perlu dituntut.


Dalam sebuah buku bertajuk PELITA PENUNTUT ada menyebut tentang hal ini. Saya kongsikan di sini buat ingatan untuk saya dan kamu...


"Sabar dalam menuntut ilmu bukan kerana kuatnya badan dan gagah, namun sabar dan tahan hati atas kepayahan dan kesakitan

-Tetap sabar bersama guru dan tidak berpaling daripada beliau ketika belajar [tak berangan]

-Tetap dan sabar membaca kitab hingga khatam [supaya fakih dan ilmunya betul]

-Sabar dalam menuntut satu-satu ilmu [belajar satu ilmu sampai mahir sebelum bertukar ke ilmu lain]

-Sabar dengan nafsu dan hawa [rasa malas juga, yang menjadi penghalang utama kejayaan]


*dipetik daripada PELITA HIDAYAH , menggunakan bahasa sendiri.
Demikianlah sifat sabar dan tabah juga diperlukan dalam menuntut ilmu. Bukan sahaja dalam menuntut dan menyebarkan ilmu, namun dalam segenap kehidupan. Jika tidak sabar, Islam tiada pada hari ini. Kerana sabar dan tabahnya ulamak, tabiin dan sahabat serta umat terdahulu daripada kita, ilmu Allah sampai. Kita merasai nikmat Iman dan Islam juga dapat mengutip ilmu Allah yang teramat banyak..
Wallahu'alam.

Read more...

Thursday, December 10, 2009

BAGAIMANA ESOK???


Apa yang disemai hari ini akan dituai esok


Saya fikirkan, keputusan yang saya dapatlah paling teruk. Saya ingatkan CGPA yang saya dapat paling rendah. Saya bayangkan sayalah pelajar paling teruk!

Pemikiran positif sering mmebantutkan perkembangan minda positif saya. Bisikan syaitan yang menguasai minda sering menjadikan saya rasa mahu berputus asa. Sedangkan saya PERLU meneruskan langkah yang saya mulakan di sini. Saya sudag satu sem di sini.

"Adik, adik belajar betul2 tau kat sini. K.su percaya adik boleh. Kalu ada ap2 masalah bgtau kat k.su. k.su sedia mendengar.."

Saya dan Kak Su punya pemikiran berbeza, perangai dan sikap berbeda.. Saya dengan sikap saya, dia dengan perangai dia... Setiap manusia berbeza..

Hari ini saya begini, esok bagaimana?

Dapatkah saya melihat ayah mengukir senyum dengan kejayaan saya? Atau saya akan melihat ayah menangis kerana kegagalan saya? Sayalah yang perlu membuat keputusan untuk diri sendiri.. Sayalah yang perlu bertukar peribadi untuk membentuk personaliti unggul! Saya adalah saya! Namun saya perlu memandang ke depan supaya saya adalah saya yang berguna...

Saya yang mengambil keputusan untuk belajar dalam bahasa Arab, haruskah saya mengundur diri???

TIDAK!!!

Read more...

Wednesday, December 9, 2009

PERJUANGAN BERMULA: JATUH UNTUK BANGUN!!!



Bangunlah kembali, bina kekuatan dalam diri


TEMPAT: SAFIYYAH, E-1-3
MASA:12:09/10.12.2009

Hari ini, hari kedua saya di semester kedua sebagai pelajar bahasa Arab IIUM. Keputusan peperiksaan sem lepas sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang amat amat amat dalam hati saya. Namun saya terfikir, ada hikmahnya Allah berikan saya keputusan begitu. Dapatkah saya teruskan pengajian untuk sem ini dan sem-sem terhadapan. Berbagai-bagai alur fikiran yang tentunya ada campur tangan yang membisikkan keburukan dalam benak. Ada suara kebaikan membisikkan semangat, ada amarah syaitan yang cuba menjatuhkan semangat saya. Saya jadi keliru.

ANTARA DUA.
TERUSKAN BELAJAR ARAB???
TUKAR KE UNIVERSITI LAIN, AMBIL JURUSAN BAHASA MELAYU!!!

Sejak hari pertama di sini, banyak kali, teramat kerap lintasan itu datang, mengganggu pemikiran waras. Saya bertambah keliru, benarkah keputusan saya sebenarnya yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bahasa Arab, bahasa al-Quran?

Akhirnya, Maghrib tadi, saya beroleh ketenangan. Saya rasakan sesuatu. NEKAD! Insya Allah. Saya akan teruskan Istikharah, supaya keputusan yang akan saya hasilkan adalah sesuatu yang terbaik. Bukannya seperti keputusan saya sebelum ini, yang hanya mengikut hati.
Setakat hari ini, perjuangan yang sudah bermula akan saya teruskan. Niat asal mahu belajar sastera Arab yang saya kagumi akan saya teruskan. Minat dalam penulisan akan cuba saya gilap, Insya Allah... Saya perlukan doa, saya dambakan kekuatan yang Allah berikan... Hanya Dia yang tahu setiap hal yang terbaik buat hamba-Nya...

Saya tak mahu lagi memikirkan tentang penukaran ke universiti lain, atau menukar jurusan lain. Saya cintakan bahasa Arab! Saya mahu belajar bahasa Arab sampai saya dapat bertutur dan menulis dalam bahasa ini. Maka, saya wujudkan blog ini untuk berkongsi kisah saya, supaya saya dapat teladan, saya dapat berkongsi pemikiran dan komentar para pelawat.
Saya sedar sekarang yang minat tanpa usaha keras adalah sia-sia. Kemahuan tanpa usaha gigih adalah perkara rugi. Saya teramat perlu kerja keras sem ini, ‘mengembalikan maruah yang sudah tercampak ke dalam tong sampah, menggilapnya kembali.’ Insya Allah...
Saya akhiri catatan hari ini dengan peringatan buat diri... Ayat yang tercatat dalam surah al-Kahfi: ayat 23-23 maksudnya.

“Dan janganlah engkau mengatakan terhadap sesuatu hal, bahawa aku akan mengerjakannya esok pagi, melainkan (jika menyebut) jika Allah menghendaki (Insya Allah)...."

Selamat bertemu lagi di lain coretan. Wassalam...

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP