:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.

Monday, December 28, 2009

NOTA KELAS: ADVANCE ARABIC: MAHARAT QIRAAH

28-12-2009
Peringkat kemahiran membaca bagi seseorang individu:
-Sekolah Rendah-mengeja
-Sekolah Menengah-Lebih capat membaca
-Universiti-Perlu baca cepat
*Di manakah skala bacaan kamu? Jangan asyik membaca buku-buku yang sesuai dibaca oleh peringkat sekolah rendah kerana ia tak mengembangkan pemikiran dan kosa kata. Perlu baca buku yang lebih susah difahami...
Untuk menguasai sesuatu bahasa perlulah:
1. استماع
2. إلقاء/المناظرة
3. قراءة
Untuk menguasai kaedah membaca:
1. Baca cepat
2. Banyak membaca
3. Khususkan masa membaca
4. Faham isi penting [tulis]
5. Cuba fahamkan uslub yang payah
6. Tentukan waktu untuk habiskan pembacaan
7. Jauhkan gangguan
8. Buat ringkasan [peta minda]
9. Gerakkan jari semasa membaca-melatih mata untuk membaca dengan cepat
a. Gunakan jari telunjuk
b. Ada pelbagai cara membca gunakan jari... Baris demi baris, sekali lalu, zig zag....
c. Tengok apa yang dibaca secara umum
d. Mata di tempat yang sama
e. Gerakkan jari dengan cepat
f. Motivasi diri
g. Tidak menyebut kata demi kata
h. Tangkap gambar perkataan dengan mata
i. Kerja kuat
j. Antara orang tak reti baca dan tak tahu cara nak baca adalah lebih kuran... renungkan!

*TAMBAHAN!!!
-Indonesia lebih cepat perkembangan bacaannya berbanding kita
-Motivasikan dirimu setiap hari
-Baca buku-buku motivasi yang berlambak, cari motivasi itu
-Ada kisah seorang warga perancis diberi bayaran tinggi kerana punya hidung yang punya deria hidu yang sangat tajam. Dapat bezakan satu bau dengan bau minyak wangi yang lain... Kata ustaz semuanya dengan latuha, begitu juga dengan membaca..
-“Sesiapa yang merasa kaya, akan dicukupkan Allah keperluannya, namun sesiapa yang merasa lemah akan dilemahkan perasaannya, namun pemberian yang paling agung adalah sabar” [bukan mudah untuk bersabar dalam apa jua situasi sekalipun. Walaupun dalam ibadah!!!]
-Motivasi diri –تطوير الذاتي
Selasa, 29 Disember 2009, 07:12:46

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP