:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.

Thursday, December 10, 2009

INTRODUCTION TO POLITICAL SCIENCES: KELAS PERTAMA: BRO FUZI OMAR

Sudah lama saya dan teman-teman menunggu di pintu belakang kelas, tak menyedari yang pintu hadapan tak berkunci... Ketika masuk, hanya barisan tiga dan belakang yang kosong. Saya duduk juga di situ. Hampir setengan jam, beliau masuk... Alhamdulillah.. Ramai juga pelajarnya, mungkin 30 orang...

Beliau sudah ingatkan awal-awal, jika tak mampu ikut rentak, drop segera, supaya orang lain pula dapat mengambil subjek ini.

Memang, memang saya terlalu ingin mengambil subjek ini. Belajar tentang konsep politik zaman dahulu dan zaman moden, parti politik, sistem parti, organisasi antarabangsa dan isu berkaitan senario semasa.. Inilah topik-topik yang bakal disentuh untuk subjek ini...

Pembahgaian markah pula begini:
Mid –term: 25%
Quizzes:10%
Presentation:10%
Research:15%
Final:40%

Beginilah gambaran awal yang diberi bro Fuzi... Insya Allah, akan saya teruskan langkah yang sudah dimulai dengan semangat dan tanpa rasa kecewa dan putus asa.Biarlah kesedihan pergi daripada hidup saya. Saya mahu mulakan kehidupan baharu.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP