:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.

Thursday, December 10, 2009

AL-MADKHAL ILA FIQH: Kisah Kitab Fiqh Akbar: USTAZ ABDUL BARI AWANG-

Nak tahu kisah yang terjadi hari ini? Lihatlah tajuk entri ini.. Kisah Kitab Fiqh Akbar.

Selasa lalu, ustaz meminta kami, pelajar kelasnya mencari isi yang pendapat Imam Abu Hanifah dalam kitab Fiqh Akbar. Maka, beliaulah berikan tajuk kepada kami. Setiap kumpulan ada tiga ahli. Ada tajuk qunut, sembelihan, zakat, munakahat, istihadah...

Setelah kelas bubar, maka dengan bersemangatnya; saya, kak husni, Madihah dan seorang lagi pelajar ke maktabah.. Mahu mencari kitab... Cari punya cari ada di bahagian Akidah...

Semuanya adalah syarah Kitab Fiqh Akbar. Kami tidak berpuas hati dengan hasil carian, Mahu ketemu juga dengan tajuk yang diberikan ustaz. Maka kami pun ke OPAC sekali lagi, menaip tajuk kitab.

BP 152.... Kod bagi kitab ini.. Ada pun kitabnya!

Maka kerja sudah selesai, tajuk yang dicari sudah ketemu.

Malam itu, saya bersembang dengan Habibah, katanya kitab itu bincangkan tentang Akidah.. Tak apalah!

Hari ini, ketika di kelas, semua mengatakan yang mereka tak menjumpai apa-apa... Maka, kami ceritakan hasil yang kami dapat...

RUPA-RUPANYA...

Kitab Fiqh Akbar karangan Imam Abu Hanifah adalah sebuah kitab yang membincangkan tentang hal Akidah.Fiqh pada zaman itu maksudnya Akidah. Fiqh Akbar itu Akidah yang Besar [Utama].

Maka, kamilah yang sebenarnya mungkin tersilap kitab. Adakah kitab yang kami cari salah diberi kod yang salah??? Atau tajuknya ditaip silap.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP