:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.

Sunday, December 13, 2009

NOTA KELAS: ADVANCED ARABIC: MAHARAT QIRAAH

Kemahiran membaca adalah satu kemahiran yang mana bukan setakat kita baca sesuatu artikel, atau nas atau cerita, namun kita faham dan mendapat ilmu daripada pembacaan itu. Sekiranya kita tahu kemahiran membaca yang betul, maka perasaan cinta dan suka membaca akan cepat terpupuk dalam diri.

Sedikkit nota yang sempat saya catatkan semasa kelas tadi:

  1. membaca bukan hanya perlu laju, cepat namun kita gambarkan pembacaan kita dalam pemikiran. Ianya lebih berkesan.
  2. Sediakan pen dan kertas walau di mana sekalipun kita berada. Pesan para penulis [memang selalu dengar petua ini] kita dapat mencatat idea, atau pemikiran, atau cadangan yang terlintas dengan mudah. Ada kalanya idea yang baik hanya datang sekali. Jika terlepas, maka hilanglah ilham yang hadir tadi, namun kita biarkan tak tercatat.
  3. Cara membaca buku yang berkesan [penerangan di bawah]
  4. Cara-cara membaca dengan laju

MEMBACA BUKU DENGAN BERKESAN

  • Selak muka surat buku yang dibaca sekali imbas [dapatkan gambaran]
  • Tentukan jumlah masa yang diperlukan untuk membaca buku [bila mula baca dan berapa muka surat mahu habiskan, tempoh bacaan]
  • Baca mukadimah
  • Tahu isi penting [mungkin tak perlu baca satu demi satu perkatan asalkan faham]
  • Percaya kepada diri
  • Menggerakkan jari-jemari selari dengan bacaan
  • Tidak diganggu oleh kerja-kerja lain
  • Membuat peta minda daripada bacaan

MEMBACA LAJU

  • Ketika membaca, fahamkan makna, bukan hanya memerhatikan satu persatu makna perkataan.
  • Tak perlu asyik mencari maksud perkataan sampai timbul rasa bosan membaca. Yang penting faham isi, bukan perkataan
  • Membaca dengan senyap bukan menggunakan suara
  • Elakkan gangguan luar

KENAPA MEMBACA?

[DI MANA, APA, SIAPA, BILA, BAGAIMANA] -mengetahui jawapan ini...

  • Untuk mengetahui jawapannya boleh dirujuk dalam kandungan buku
  • Buat gambaran secara umum tentang buku
  • Faham apa yang dibaca
  • Menambahkan kefahaman
  • Diterjemahkan dalam peta minda [nota pelajaran]

Wallahu'alam.. Saya kongsikan ilmu yang saya dapat hari ini... Kata ustaz, apabila kita baca, baca dan baca, barulah penguasaan bahasa akan bertambah. Jika tidak, masih sama. Kita lihat Jepun yang mana rakyatnya terlalu gemar membaca , sedangkan saya, pelajar universiti juga tidak membaca.. Siapakah yang perlu dipersalahkan..

"Kita melihat Islam di negara bukan Islam namun kita tidak mengenal Islam di negara Islam"

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP