PERJUANGAN: SABAR DAN TABAH KETIKA BELAJAR
Saya selalu terdengar; apabila jadi satu-satu peristiwa, akan ada yang menasihatkan kita supaya bersabar! Kena tabah! Harus kuat! Demikian jugalah dalam perjuangan saya dan kamu dalam mencari ilmu Ilahi. Bukan sahaja ilmu Ukhrawi, juga ilmu yang diperlukan untuk saya dan kamu teruskan langkah di bumi Allah ini.
SABAR!!!
Senang disebut tapi payah dilaksana. Dalam sirah, ada banyak cerita tentang kesabaran. Betapa sabarnya para Rasul [contohnya: Rasulullah, Nabi Ayyub, dan Nabi Nuh] dalam menyebarkan wahyu yang datang daripada Allah. Zaman sekarang tiada wahyu, namun ilmu Allah tetap perlu dituntut.
Dalam sebuah buku bertajuk PELITA PENUNTUT ada menyebut tentang hal ini. Saya kongsikan di sini buat ingatan untuk saya dan kamu...
"Sabar dalam menuntut ilmu bukan kerana kuatnya badan dan gagah, namun sabar dan tahan hati atas kepayahan dan kesakitan
-Tetap sabar bersama guru dan tidak berpaling daripada beliau ketika belajar [tak berangan]
-Tetap dan sabar membaca kitab hingga khatam [supaya fakih dan ilmunya betul]
-Sabar dalam menuntut satu-satu ilmu [belajar satu ilmu sampai mahir sebelum bertukar ke ilmu lain]
-Sabar dengan nafsu dan hawa [rasa malas juga, yang menjadi penghalang utama kejayaan]
*dipetik daripada PELITA HIDAYAH , menggunakan bahasa sendiri.
Demikianlah sifat sabar dan tabah juga diperlukan dalam menuntut ilmu. Bukan sahaja dalam menuntut dan menyebarkan ilmu, namun dalam segenap kehidupan. Jika tidak sabar, Islam tiada pada hari ini. Kerana sabar dan tabahnya ulamak, tabiin dan sahabat serta umat terdahulu daripada kita, ilmu Allah sampai. Kita merasai nikmat Iman dan Islam juga dapat mengutip ilmu Allah yang teramat banyak..
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment