:Tentang Blog:

Blog ini mengumpulkan nota-nota, kisah-kisah dan pengalaman saya sebagai pelajar BAR di UIAM. Blog ini terhasil bagi memudahkan saya membaca nota-nota pelajaran disebabkan kegilaan saya kepada dunia blog. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian berkongsi ilmu yang saya pelajari.

Wednesday, December 9, 2009

PERJUANGAN BERMULA: JATUH UNTUK BANGUN!!!



Bangunlah kembali, bina kekuatan dalam diri


TEMPAT: SAFIYYAH, E-1-3
MASA:12:09/10.12.2009

Hari ini, hari kedua saya di semester kedua sebagai pelajar bahasa Arab IIUM. Keputusan peperiksaan sem lepas sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang amat amat amat dalam hati saya. Namun saya terfikir, ada hikmahnya Allah berikan saya keputusan begitu. Dapatkah saya teruskan pengajian untuk sem ini dan sem-sem terhadapan. Berbagai-bagai alur fikiran yang tentunya ada campur tangan yang membisikkan keburukan dalam benak. Ada suara kebaikan membisikkan semangat, ada amarah syaitan yang cuba menjatuhkan semangat saya. Saya jadi keliru.

ANTARA DUA.
TERUSKAN BELAJAR ARAB???
TUKAR KE UNIVERSITI LAIN, AMBIL JURUSAN BAHASA MELAYU!!!

Sejak hari pertama di sini, banyak kali, teramat kerap lintasan itu datang, mengganggu pemikiran waras. Saya bertambah keliru, benarkah keputusan saya sebenarnya yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bahasa Arab, bahasa al-Quran?

Akhirnya, Maghrib tadi, saya beroleh ketenangan. Saya rasakan sesuatu. NEKAD! Insya Allah. Saya akan teruskan Istikharah, supaya keputusan yang akan saya hasilkan adalah sesuatu yang terbaik. Bukannya seperti keputusan saya sebelum ini, yang hanya mengikut hati.
Setakat hari ini, perjuangan yang sudah bermula akan saya teruskan. Niat asal mahu belajar sastera Arab yang saya kagumi akan saya teruskan. Minat dalam penulisan akan cuba saya gilap, Insya Allah... Saya perlukan doa, saya dambakan kekuatan yang Allah berikan... Hanya Dia yang tahu setiap hal yang terbaik buat hamba-Nya...

Saya tak mahu lagi memikirkan tentang penukaran ke universiti lain, atau menukar jurusan lain. Saya cintakan bahasa Arab! Saya mahu belajar bahasa Arab sampai saya dapat bertutur dan menulis dalam bahasa ini. Maka, saya wujudkan blog ini untuk berkongsi kisah saya, supaya saya dapat teladan, saya dapat berkongsi pemikiran dan komentar para pelawat.
Saya sedar sekarang yang minat tanpa usaha keras adalah sia-sia. Kemahuan tanpa usaha gigih adalah perkara rugi. Saya teramat perlu kerja keras sem ini, ‘mengembalikan maruah yang sudah tercampak ke dalam tong sampah, menggilapnya kembali.’ Insya Allah...
Saya akhiri catatan hari ini dengan peringatan buat diri... Ayat yang tercatat dalam surah al-Kahfi: ayat 23-23 maksudnya.

“Dan janganlah engkau mengatakan terhadap sesuatu hal, bahawa aku akan mengerjakannya esok pagi, melainkan (jika menyebut) jika Allah menghendaki (Insya Allah)...."

Selamat bertemu lagi di lain coretan. Wassalam...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP